Feed on
Posts
comments

Archive for June, 2009

Musibah itu Bermakna…

Gambar hiasan
“Inna liLlahi wa inna ilaihi raji’un”, hanya itu ungkapan yang mampu saya ucapkan setelah disahkan pemergian seorang rakan, Ammar bin Zulkifli, pelajar perubatan tahun 3 Universiti Kaherah ke rahmatullah berikutan kemalangan jalanraya sepulangan beliau dan 4 orang sahabat yang lain dari Ain Sukhna menuju ke Kaherah pada malam hari.
Kemalangan tersebut berlaku pada 10 Jun [...]

Read Full Post »

Masa yang entah bila
Hari itu merupakan giliran saya menjalankan tugasan memasak di rumah, segalanya berlalu tanpa sebarang petanda akan kejutan yang bakal saya terima sejurus kemudiannya.
“Paan, kau dah tahu Ustaz Wan Salimi baru meninggal dunia?” sapa ringkas sahabat serumah saya, Qamarul memecah suasana.
Berita gempar yang hinggap di telinga saya ketika itu tidak segera saya percaya. [...]

Read Full Post »

Indah Jalinan Iman

“Sanah helwa ya gamil! Jemputlah datang rumah,  sambut hari jadi enta”, ujar ustaz Fairuz di dalam telefon.
Tanggal 5 Jun yang lalu menandakan peningkatan umur saya seiring ajal yang semakin menghampiri. Bukanlah kehendak hati kecil ini mahu diraikan walau dengan sebarang ucapan, tetapi keprihatinan sahabat-sahabat dan keluarga memberi rasa diri ini dihargai.
Berkebetulan pada petang itu juga, [...]

Read Full Post »

“Asyik-asyik kempen Palestin, aku dah bosan dengar pasal isu pencerobohan Palestin. Benda sama juga yang akan disebut”, keluh seorang sahabat tatkala hebahan kempen ‘Palestine Evergreen’ anjuran Jabatan Bendahari, Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Cawangan Iskandariah dibuat.
“Alah, ni semua semangat meletup-letup sepanjang kempen.. Habis kempen ni, hilang melayanglah “semangat Palestin” tu semua..”, sindir halus seorang rakan [...]

Read Full Post »

Sebuah Permulaan…

“Nak berblog ke tak nak?”
Buat ke sekalian kalinya, fikiran saya buntu memikirkan persoalan ini. Mungkin mudah untuk seseorang itu membaca penulisan hasil buah fikiran para ahli fikir, tapi untuk membaca idea-idea yang berselerak di dalam minda sendiri lantas memuntahkannya ke atas user interface melalui papan kekunci, tidak semudah yang disangkakan. Paling kurang, itulah yang saya [...]

Read Full Post »