January 12, 2010 by ahmadfarhan
“Jadi Mursyidul Am enta lepas ni Farhan”, gurau Walid –Ustaz Ishak Othman- selepas selesainya Mesyuarat Tahunan Cawangan PERUBATAN Cawangan Iskandariah kali ke-3 Khamis lepas.
Sejurus selesai ucapan perletakan jawatan daripada Pengerusi sesi 2008/09, saudara Hafidzuddin Abdul Razak secara rasminya telah tamat tempoh berkhidmat bagi barisan kepimpinan AJKT PCI sesi 2008/09. Atau lebih tepatnya, terlucutlah jawatan saya selaku Ketua Unit Pembangunan Insan setelah 3 penggal memegang amanah ini.
“Alhamdulillah, moga digantikan dengan yang lebih baik”, cetus hati saya.

Setahun lamanya kita bersama, semoga terus menabur jasa
PERSATUAN DAN KESATUAN
Menjadi satu agenda utama bagi mana-mana persatuan untuk mengikat ahli-ahli yang berpayung di bawahnya atas dasar dan objektif yang sama. Tahap kebersamaan ahli di dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sesebuah persatuan itu mencerminkan paras kekuatan dan keutuhan yang terbina di dalam persatuan tersebut.
Continue Reading »
Posted in gempur minda | 3 Comments »
June 12, 2009 by ahmadfarhan

Gambar hiasan
“Inna liLlahi wa inna ilaihi raji’un”, hanya itu ungkapan yang mampu saya ucapkan setelah disahkan pemergian seorang rakan, Ammar bin Zulkifli, pelajar perubatan tahun 3 Universiti Kaherah ke rahmatullah berikutan kemalangan jalanraya sepulangan beliau dan 4 orang sahabat yang lain dari Ain Sukhna menuju ke Kaherah pada malam hari.
Kemalangan tersebut berlaku pada 10 Jun 2009 lalu menjadi titik hitam yang teramat pilu untuk dikenangkan angkara akibatnya yang sungguh menyayat hati semua pihak yang mengenali mangsa-mangsa yang terbabit. Al-Fatihah kita sedekahkan untuk arwah Ammar Zulkifli selaku rakan, sahabat dan saudara seIslam kita.
Al-Fatihah.
Pemergianmu dirasai jiwa yang mengenali
Continue Reading »
Posted in kalam editor | 1 Comment »
June 10, 2009 by ahmadfarhan

Masa yang entah bila
Hari itu merupakan giliran saya menjalankan tugasan memasak di rumah, segalanya berlalu tanpa sebarang petanda akan kejutan yang bakal saya terima sejurus kemudiannya.
“Paan, kau dah tahu Ustaz Wan Salimi baru meninggal dunia?” sapa ringkas sahabat serumah saya, Qamarul memecah suasana.
Berita gempar yang hinggap di telinga saya ketika itu tidak segera saya percaya. Antara tidak mahu percaya dan ragu-ragu akan kesahihan khabar tersebut, saya gagahkan diri untuk memeriksanya sendiri.
AJAL KETENTUAN ILAHI
Continue Reading »
Posted in kalam editor | No Comments »
June 9, 2009 by ahmadfarhan

“Sanah helwa ya gamil! Jemputlah datang rumah, sambut hari jadi enta”, ujar ustaz Fairuz di dalam telefon.
Tanggal 5 Jun yang lalu menandakan peningkatan umur saya seiring ajal yang semakin menghampiri. Bukanlah kehendak hati kecil ini mahu diraikan walau dengan sebarang ucapan, tetapi keprihatinan sahabat-sahabat dan keluarga memberi rasa diri ini dihargai.
Berkebetulan pada petang itu juga, Smart Circle di bawah kendalian beliau sedang dijalankan dengan tema perkelahan di atas bumbung. Agak menarik pada pandangan saya dan sememangnya mampu menghidupkan ukhuwah yang mungkin belum lagi terasa sesama ahli.
TUMPUL EMOSI
Cakap-cakap mulut jika tidak disandarkan dari hati yang meluahkan perasaan, pasti tidak membuahkan tindakan yang selari dengannya. Apatah lagi dalam merasakan keterikatan hati sesama orang Islam, betapa ramai terlupa untuk menajamkan perasaan kasih dan sayang ini supaya mampu diterjemahkan dalam bentuk yang boleh difahami persekitarannya.
Continue Reading »
Posted in kembara hamba | 1 Comment »
June 5, 2009 by ahmadfarhan

“Asyik-asyik kempen Palestin, aku dah bosan dengar pasal isu pencerobohan Palestin. Benda sama juga yang akan disebut”, keluh seorang sahabat tatkala hebahan kempen ‘Palestine Evergreen’ anjuran Jabatan Bendahari, Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Cawangan Iskandariah dibuat.
“Alah, ni semua semangat meletup-letup sepanjang kempen.. Habis kempen ni, hilang melayanglah “semangat Palestin” tu semua..”, sindir halus seorang rakan yang lain.
Bermula tahun lepas, isu Palestin selalu diketengahkan kepada ahli-ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) dalam bentuk kempen atau ceramah sekurang-kurangnya sekali setahun. Pelajar-pelajar diingatkan akan musibah yang menimpa saudara-saudara seIslam mereka di tanah Palestin – seawal sejarah penjajahannya oleh British pada Perang Dunia Kedua sehingga kezaliman zionis Yahudi laknatullahi ‘alaihim ke atas saki- baki bangsa Arab yang mendiami bumi Palestin kini – dan juga peranan yang perlu diambil oleh umat Islam sedunia bagi menangani isu kemanusiaan di sana.
Continue Reading »
Posted in gempur minda | 1 Comment »
June 2, 2009 by ahmadfarhan

“Nak berblog ke tak nak?”
Buat ke sekalian kalinya, fikiran saya buntu memikirkan persoalan ini. Mungkin mudah untuk seseorang itu membaca penulisan hasil buah fikiran para ahli fikir, tapi untuk membaca idea-idea yang berselerak di dalam minda sendiri lantas memuntahkannya ke atas user interface melalui papan kekunci, tidak semudah yang disangkakan. Paling kurang, itulah yang saya rasakan, boleh jadi berbeza dengan keadaan orang lain.
Mengenai kemahiran atau bakat dalam bidang penulisan, saya akui apa yang ada dalam diri ini masih lagi di peringkat tidak memuaskan, malah memerlukan proses belajar dan latihan yang amat banyak dan berterusan. Bukan sahaja saya tidak pernah menyertai mana-mana bengkel atau seminar penulisan, karangan-karangan yang pernah ditulis di bangku sekolah dahulu pun tiada yang memberikan markah cemerlang untuk saya bergelar penulis yang berjaya.
“Habis, mengapa masih hendak menulis dengan skill yang masih merangkak-rangkak?
Continue Reading »
Posted in kalam editor | 3 Comments »